dcsimg

Koksidia ( Malay )

provided by wikipedia MS

Koksidia ialah parasit sel tunggal mikroskopik yang membentuk spora. Ia tergolong dalam kelas Conoidasida, salah satu kelas apikompleksa,[1] dan juga merupakan kumpulan protozoa epikompleksa yang terbesar. Parasit Koksidia menjangkit saluran usus haiwan.[2]

Koksidia ialah parasit obligat intrasel, iaitu ia perlu hidup dan membiak di dalam sel haiwan.

Koksidiosis

Koksidiosis ialah penyakit parasit saluran usus haiwan yang diakibatkan oleh protozoa Koksidia. Penyakit itu merebak dari satu haiwan ke haiwan yang lain menerusi sentuhan tinja yang terjangkit atau pengingesan tisu yang terjangkit. Gejala utamanya ialah cirit-birit yang boleh mengakibatkan pendarahan, jika teruk. Kebanyakan haiwan yang terjangkit bersifat asimptomatik. Bagaimanapun, anak haiwan atau haiwan yang menghidap keimunodefisienan boleh mengalami gejala yang teruk, termasuk kematian.

Sedangkan organisma Koksidia boleh menjangkit berbagai-bagai haiwan, termasuk manusia, burung, dan ternakan, ia biasanya bersifat spesies-khusus. Bagaimanapun, salah satu kekecualiannya yang terkenal ialah toksoplasmosis yang diakibatkan oleh Toxoplasma gondii.

Manusia seringnya bertemu dengan Koksidia sewaktu mereka memperoleh anak anjing atau anak kucing yang dijangkiti. Sungguhpun demikian, organisma berjangkit adalah kanin/felin-khusus dan justera, tidak akan menjangkiti manusia (berbanding dengan penyakit zoonotik).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "The Taxonomicon & Systema Naturae" (Website database). Taxon: Genus Cryptosporidium. Universal Taxonomic Services, Amsterdam, The Netherlands. 2000. Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  2. ^ "Biodiversity explorer: Apicomplexa (apicomplexans, sporozoans)". Iziko Museums of Cape Town.

Pautan luar


license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Koksidia: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Koksidia ialah parasit sel tunggal mikroskopik yang membentuk spora. Ia tergolong dalam kelas Conoidasida, salah satu kelas apikompleksa, dan juga merupakan kumpulan protozoa epikompleksa yang terbesar. Parasit Koksidia menjangkit saluran usus haiwan.

Koksidia ialah parasit obligat intrasel, iaitu ia perlu hidup dan membiak di dalam sel haiwan.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS