dcsimg

Burung Udan Putih ( малајски )

добавил wikipedia MS

Burung Undan Putih ialah burung daripada keluarga burung undan. Ia hidup di kawasan yang terbentang dari Eropah tenggara sehingga Asia serta juga di Afrika. Nama saintifiknya Pelecanus onocrotalus.[1], [2]

Burung Undan Putih merupakan burung undan yang kedua terbesar, selepas Burung Undan Dalmatia. Ukurannya 10 kilogram (22 paun) beratnya, 160 sentimeter panjangnya, dan 280 sentimeter (110 inci) rentang sayapnya. Ia berbeza daripada Burung Undan Dalmatia dari segi warna bulunya yang putih tulen, berbanding dengan warna putih kekelabu-kelabuan, serta tompok muka dan kaki yang berwarna merah muda. Burung jantan adalah lebih besar daripada burung betina, dan memiliki paruh panjang yang melengkung ke bawah, berbanding dengan paruh burung betina yang lebih lurus dan lebih pendek. Anak burung berwarna kelabu dan memiliki bulu pelepah terbang yang berwarna pekat.

Burung Undan Putih membiak di paya dan tasik cetek, dengan sarangnya terdiri daripada longgokan bahan tumbuhan yang kasar. Melebihi 50% daripada burung ini membiak di Delta Danube. Burung ini berpindah ke kawasan yang berhampiran dan menghabiskan musim sejuknya di Afrika timur laut. Dalam penerbangan, burung ini merupakan burung yang anggun, dengan kepalanya tertunduk merapati badan.

Burung Undan Putih menangkap ikan dan menyimpannya di dalam saku paruh yang besar semasa berenang di permukaan air. Serupa dengan Burung Undan Dalmatia, populasi spesies ini telah merosot dengan ketara, akibat kehilangan habitat serta penyeksaan.

Burung Undan Putih merupakan salah satu spesies yang dilindungi oleh "Perjanjian Pemuliharaan Burung Air Hijrah Afrika-Eurasia" (AEWA).

Rujukan

  1. ^ Oleh Jabatan Perhilitan, "JADUAL 3 - BURUNG-BURUNG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA." AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 ). Diambil 30 November 2018
  2. ^ Pindaan Jadual 2012.

Pautan luar

Galeri

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Undan Putih.
лиценца
cc-by-sa-3.0
авторски права
Pengarang dan editor Wikipedia
изворно
посети извор
соработничко мреж. место
wikipedia MS

Burung Udan Putih: Brief Summary ( малајски )

добавил wikipedia MS

Burung Undan Putih ialah burung daripada keluarga burung undan. Ia hidup di kawasan yang terbentang dari Eropah tenggara sehingga Asia serta juga di Afrika. Nama saintifiknya Pelecanus onocrotalus.,